Friday 6 May 2016

AKU....

Salam persahabatan..

Mula2 aku sharelah sikit dari mana aku bermula.. Walaupn sekarang ni aku masih ditahap setahun jagung.. Anak bilis.. Anak seluang dan yg seangkatan dengannya tapi ilmu yg sedikit aku ni mungkin berguna untuk orang lain..

Aku ni salah seorang 6000 orang yg terlibat dalam pembuangan pekerja untuk penstrukturan semula MAS setelah lebih 10 tahun bekerja dengan MAS dan tambah lagi 5 tahun menjadi apprentice MAS untuk dapatkan lesen aircraft untuk bergelar License Aircraft Maintenance Engineer (LAME)

Aku rasa ramai rakan yg senasib adalah sama jenis dgn aku.. Bila kerja dgn syarikat besar macam MAS pasti takde sekelumit rasa dihati akan berlaku apa2.. So kita cuma perlu bekerja sepenuh hati bersungguh2 sehinggalah pencen.. Tiap bulan dapat gaji untuk teruskan kehidupan & bayar hutang piutang.

Tapi.. Dugaan datang menduga...Tanggal 31 Ogos 2015 dgn hati yg berat aku terpaksa tinggalkan MAS dengan persediaan yg 'zero'...kosong... Pampasan yg sangat2 sedikit dan jobless! Menjadi penganggur pada usia 36 tahun adalah nightmare utk aku & family.. Bernasib baik kerana isteri bekerja dan cuba berdikit2 demi menyelesaikan segala bil dan hutang piutang.. Memang rasa macam jatuh ditimpa tangga...aku rasa seperti seorang lelaki dan suami yg gagal...semua tempat aku cuba mohon tapi satu pun tak lekat..

Minat aku pada bidang aircraft bukan baru bermula 5 atau 15 tahun yg lepas... Tapi aku bermula sebagai student teknik kl dalam bidang mekanikal.. Aku sambung degree kat utm dalam bidang mekanikal aeronautik.. Pas degree semua orang start kerja aku sambung 5 tahun amik course utk dapatkan license utk aircraft maintenance.. Untuk berubah pada bidang yg lain adalah suatu cabaran yg berat utk aku..

Tapi berkat kesabaran dan semangat dari wife aku.. Aku cuba buka otak minda fikiran aku ni seluasnya..dan di sinilah segalanya bermula...
Aku mula mengenal siapa lawan siapa kawan
Aku mula mengenal pentingnya pasif income
Aku mula mengenal macamana menilai seseorang
Aku mula membuka ruang untuk ilmu2 baru dalam dunia ni
Aku mula nampak peluang yg tak aku kisahkan sebelum ni
Aku mula faham bagaimana mengambil peluang
Aku mula memahami betapa luas ilmu yg perlu diterokai
Aku mula sedar setiap kejayaan itu perlu ada kesusahan
Aku mula tahu yg takkan ada kejayaan tanpa permulaan dan usaha

Inilah yg aku nak kongsikan untuk menjadi pemangkin semangat kepada mereka di luar sana.. Satu aku ingatkan...Saat kita jatuh ramai yg bertepuk tangan dan menolak kita semakin jatuh tetapi kita lah yg harus berani bangun untuk berjuang bersama orang2 yg sentiasa menyokong di sisi kita....




Wednesday 4 May 2016

Pembuka Kata

Assalamualaikum dan selamat datang

Aku orang baru.. tersangat baru dalam dunia penulisan ni... ni pun kena pakai ID wife aku sebab aku tak tahu nak ber blog2 ni.. jadi kalau ada yg tak kena mungkin boleh tolong tegur untuk aku perbaiki.. sebelum ni memang aku malas nak menulis ni.. tapi aku rasa perlu bila aku tengok ramai orang macam aku.. lagi dalam ekonomi yang teruk ni.. kita perlu kawan2 yg boleh bantu untuk kita melangkah semula..

heh heh sebagai permulaan ni lah dulu pembuka kata dari aku...